Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut :

Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.

BIL
JAWATAN
GRED
GAJI
MINIMUM (RM)
MAKSIMUM (RM)
1.
PEGAWAI PENYELIDIK

Q41 - Q53
2,146.00
11,968.00
2.
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

F41/ F48
2,146.00
10,681.00
3.
PEGAWAI TADBIR

N41
1,911.00
8,646.00
4.
PENOLONG JURUTERA

JA29
1,418.00
5,121.00
5.
JURUFOTOGRAFI

B27
1,368.00
5,099.00
6.
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

Q27
1,365.00
5,096.00
7.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR

N27
1,362.00
5,092.00
8.
SETIAUSAHA PEJABAT

N27/ N32
1,362.00
5,636.00
9.
PEMBANTU PENYELIDIK

Q17
931.00
3,379.00
10.
PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN / OPERASI)

N17
928.00
3,375.00
11.
PEMANDU KENDERAAN

H11
837.00
2,619.00
12.
PEMBANTU AWAM

H11
837.00
2,619.00

Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon
Elaun : Seperti berikut :
ELAUN (RM)
ELAUN
Q53
Q51
Q47
Q43
Q41/ F41/ N41
JA29/ Q27/ N27/ B27
Q17/ N17
N11/ H11
Imbuhan Tetap Keraian

800.00
600.00
550.00
400.00
-
-
-
-
Imbuhan Tetap Perumahan

900.00
700.00
700.00
400.00
300.00
300.00
300.00
300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam

-
-
-
-
300.00
160.00
115.00
95.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan)

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Pegawai Penyelidik


Klik di sini untuk melihat penemapatan bagi jawatan yang ditawarkan.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Bagi kakitangan Kerajaan/Badan-badan Berkanun Tempatan yang Lulus Peperiksaan Khas untuk Peningkatan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (PSL) ke jawatan-jawatan yang berkenaan bolehlah memohon melalui Jabatan

Jawatan 1, 2 dan 6

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 3, 4 ,5 ,7, 8, 9 dan 10

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 11 dan 12

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat: www.mpob.gov.my

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi untuk temuduga.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 21 Disember 2015

v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada amir@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.