Klik pada nama bahagian di bawah untuk melihat kelayakan jawatan :-

KELAYAKAN
Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains, pertanian, perikanan, kejuruteraan atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PELESTARIAN, PEMULIHARAAN & PENSIJILAN

 Pengkhususan
Kimia Analitik / Kimia Organik / Teknologi Minyak & Lelemak / Keselamatan Makanan

Keutamaan
Memiliki PhD dan berpengalaman dalam bidang kimia minyak dan kimia analitik. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Kemahiran IT/komputer dan statistik dialu-alukan. Calon hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

UNIT ENTOMOLOGI & MICROBIOLOGI GUNAAN

 Bidang Pengkhususan
Bioinformatik / Mikrobiologi / Biodiversiti

Keutamaan
Memiliki PhD, berkebolehan dalam mengendalikan memproses data bioinformatik, bertanggungjawab dalam mengedalikan projek penyelidikan berkaitan dengan biodiversiti & peranan mikrob, next generation sequencing mengunakan platfom 454 & Illumina. Berkebolehan menjalankan kerja secara berdikari dan berkumpulan. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

UNIT AGRONOMI & TEKNOLOGI GEOSPATIAL

 Bidang Pengkhususan
Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-Industri

Keutamaan
Memiliki PhD dan berpengalaman dalam menguruskan hasil-hasil pertanian seperti buah sawit dan input pertanian.

INSTITUT PENYELIDIKAN GAMBUT TROPIKA (TROPI)

 Bidang Pengkhususan
Analisa Kimia / Pertanian / Alam Sekitar / Fizik / Matematik / Biogeochemistry / Ecophysiology / Metreology / Kejuruteraan Alam Sekitar

Keutamaan
Memiliki PhD dalam bidang kimia / Pertanian / Alam sekitar / Fizik / Matematik / Biogeochemistry / Ecophysiology / Metreology atau bidang-bidang yang berkaitan dari universiti yang yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan kepada calon yang memiliki PhD, mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam penyelidikan seperti perkara di atas dan mempunyai kelebihan dalam teknik analisa tanah gambut, gas rumah hijau, kitaran karbon / nitrogen, land-atmospheric interaction dan sebagainya yang berkaitan. Calon dengan kemahiran statistik dan fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris juga diutamakan.

UNIT INTEGRASI TANAMAN & TERNAKAN

 Bidang Pengkhususan
Sains Pertanian / Agronomi / Pengurusan Ladang / Bioindustri / Sains Tanah

Keutamaan
Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas mengenai agronomi tanaman sagu. Bertanggungjawab mengendalikan projek penyelidikan sagu berkaitan keperluan nutrien sagu di tanah organik ke arah penambahbaikan teknologi penanaman sagu di tanah organik. Memantau kerja-kerja pengumpulan dan analisis data dari plot eksperimen sagu. Memperbaiki tatacara pengumpulan data dari masa ke masa. Berupaya mengesyorkan penggunaan jentera yang sesuai untuk pengurusan sagu di tanah organik.

UNIT BIAKBAKA & KULTUR TISU

 Bidang Pengkhususan
Biakbaka Tumbuhan / Genetik Tumbuhan / Pertanian / Bioindustri / Biometrik dan Statistik

Keutamaan
Berpengalaman menjalankan projek berkaitan biakbaka tumbuhan dan penggunaan perisian SAS/SPSS/Minitab. Bertanggungjawab mengendalikan projek penyelidikan berkaitan dengan bidang biakbaka kelapa sawit kearah penambahbaikan hasil serta membangunkan ciri ekonomi yang lain. Merancang program kacukan serta rekabentuk eksperimen, ujian progeni dan memantau aktiviti biakbaka kelapa sawit. Memantau kerja-kerja mengumpul dan analisis data dari plot eksperimen kelapa sawit. Memperbaiki tatacara pengumpulan data dari masa kesemasa. Memantau aktiviti program biakbaka kelapa sawit.

PEJABAT PENGARAH BAHAGIAN

 Bidang Pengkhususan
Kimia / Kimia Gunaan / Kimia Analisis / Kimia Organik

Keutamaan
Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang kimia, kimia gunaan, kimia analisis atau kimia organik dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri minyak dan lelemak, fitonutrien, sumber tenaga dan bahan api serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, GC, dan analisis-analisis pencirian bahan api. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

UNIT TEKNOLOGI BIOMAS

 Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Bioproses / Kimia Gunaan / Kimia Analisis / Kimia Organik / Kejuruteraan Alam Sekitar

Keutamaan
Mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Kimia/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kimia Gunaan/ Kimia Analisis /Kimia Organik/ Kejuruteraan Alam Sekitar/ Kejuruteraan Bioproses dari Universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pengilangan sawit, sisa buangan sawit dan pembangunan industri minyak dan lelemak, fitonutrien, sumber tenaga dan bahan api serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, GC dan analisis-analisis pencirian bahan api. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

UNIT ANALITIKAL & PEMBANGUNAN KUALITI

 Bidang Pengkhususan
Kimia Analitikal / Kimia Organik / Teknologi Minyak dan Lemak / Kimia / Kimia Proses Enzim

Keutamaan
Berpengalaman dalam bidang kimia minyak dan pemprosesan minyak/enzim. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Kemahiran IT/komputer dan statistik dialu-alukan. Calon hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

UNIT KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

 Bidang Pengkhususan
Teknologi Makanan / Kimia / Biokimia / Kejuruteraan Kimia atau Lelemak / Alam Sekitar

Keutamaan

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) atau Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang sains dan keutamaan dalam bidang Teknologi Makanan/Kimia/Biokimia/Kejuruteraan Kimia Atau Lelemak dan Alam Sekitar;
  • (Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minima (independently)
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada calon-calon yang pernah berkhidmat di dalam industri yang berkaitan,
  • Bertanggungjawab meningkatkan penggunaan produk minyak sawit di luar negara dan merancang/melaksanakan program,
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang pemasaran dan promosi teknikal (marketing & technical promotion experiance),
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris,
  • Bagi jawatan Pegawai Penyelidik yang akan ditugaskan untuk membantu tugas-tugas Pengurus Wilayah Timur Jauh (Shanghai), selain daripada syarat-syarat di atas, calon-calon juga mestilah fasih bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Mandarin.

UNIT PROTIN & TEKNOLOGI MAKANAN

 Bidang Pengkhususan
Sains & Teknologi Makanan / Sains BioKimia & Proses / Sains Makanan & Pemakanan

Keutamaan
Memiliki PhD, berpengalaman, berpengetahuan tinggi dalam bidang berkaitan proses modifikasi lemak dan minyak seperti interesterifikasi (interesterification) samada secara kimia atau berenzim, penulinan (refining) dan pemeringkatan (fractionation), pengetahuan dalam bidang Pemakanan (Nutrition). Berpengetahuan dalam bidang kajian dan analisis saintifik asas ke atas minyak dan lemak serta mampu dan mahir mengendalikan instrument asas dalam analisis lemak dan minyak seperti HPLC, DSC, GC adalah keutamaan. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan saintifik serta berpenampilan diri yang baik. Mesti fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris bagi tujuan pembentangan teknikal dan penulisan saintifik. Calon hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

UNIT PEMBANGUNAN PRODUK PENGGUNA (CPD)

 Bidang Pengkhususan
Kimia Sintesis / Kimia Organik / Oleokimia

Keutamaan
Memiliki MSc atau PhD, berkebolehan melakukan penyelidikan dan menganalisa data serta menyediakan laporan ilmiah/penulisan jurnal berwasit. Calon mestilah mempunyai pengetahuan dalam bidang oleokimia dan analisis kimia serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal seperti HPLC, GC, FTIR dan lain-lain analisis pencirian bahan atau produk. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti SPSS diutamakan.

UNIT KUALITI & PENILAIAN SEKITARAN (QEA)

 Bidang Pengkhususan
Kimia Alam Sekitar / Kimia Analisis / Biokimia / Kimia

Keutamaan
Memiliki MSc atau PhD, berpengalaman dan pengetahuan dalam bidang analisis kimia sekitaran dan sistem kualiti makmal (ISO 17025 atau GLP) serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal seperti HPLC, GC, TOC dan lain-lain dan analisis pencirian produk. Calon juga mesti berkebolehan dan berminat melakukan penyelidikan, mempunyai kebolehan menganalisa data dan boleh menyediakan laporan saintifik. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti SPSS diutamakan.

UNIT SISTESIS& PEMBANGUNAN PRODUK (SPD)

 Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan Kimia / Kimia Organik

Keutamaan
Memiliki MSc atau PhD, berpengalaman dan pengetahuan dalam bidang kimia organik dan kejuruteraan kimia. Calon mesti berminat dalam bidang penyelidikan, mempunyai kebolehan menganalisa data dan boleh menyediakan laporan saintifik. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon juga mestilah mempunyai sifat kepimpinan, pro-aktif, berdedikasi, berdikari dan bertanggungjawab.

UNIT TEKNO-EKONOMI

 Bidang Pengkhususan
Perdagangan Antarabangsa / Ekonomi Pertanian / Pemasaran / Pentadbiran Perniagaan

Keutamaan
Memiliki PhD serta berpengalaman akan diberi keutamaan dan mestilah fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman mengenai analisa ekonomi dengan menggunakan komputer.

UNIT STATISTIK

 Bidang Pengkhususan
Sains Komputer & Teknologi Maklumat / Pembangunan Sistem Aplikasi Web / Sistem Maklumat

Kelayakan
Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Pengkhususan Sistem Komputer atau Sistem Maklumat) atau Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Kejuruteraan Perisian.

Keutamaan
Calon yang berpengalaman dalam pembangunan aplikasi komputer dan perisian akan diberikan keutamaan. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.