Klik pada nama bahagian di bawah untuk melihat kelayakan jawatan :-

KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

PEJABAT PENGARAH BAHAGIAN, UNIT PENDAKWAAN, PELESENAN & PENGUAKUASAAN, UNIT KAWALAN MUTU

 Pengkhususan
Pembangunan Sumber Manusia / Pembangunan Manusia / Pentadbiran Awam / Sains Pengurusan / Perntadbiran Perniagaan / Undang-Undang.

Keutamaan
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bersedia bertugas di luar pejabat.

 

 

 

UNIT PEMBANGUNAN PERDAGANGAN

 Bidang Pengkhususan
Statistik / Ekonomi Pertanian / Pemasaran / Pentadbiran Perniagaan / Perdagangan Antarabangsa.

Keutamaan
Calon yang berpengalaman akan diberikan keutamaan dan mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman mengenai analisa ekonomi dengan menggunakan komputer.

 

 

 

UNIT KEWANGAN & PEROLEHAN

 Bidang Pengkhususan
Pentadbiran Awam / Perakaunan / Kewangan / Pembangunan Manusia / Sains Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan

Keutamaan
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bersedia bertugas di luar pejabat.

UNIT PENERBITAN

 Bidang Pengkhususan
Sains / Komunikasi Massa

Kelayakan
Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam mana-mana satu bidang Sains atau bidang komunikasi massa yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan
Calon yang berpengalaman dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penyuntingan bidang Sains akan diberikan keutamaan. Calon mestilah fasih dan selesa menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Calon hendaklah membawa bersama hasil kerja berkaitan semasa ditemuduga.