Kelayakan

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau

     

  2. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau

     

  3. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,588.49)

     

Bidang Pengkhususan
Sains Perpustakaan / Pengurusan Sistem Maklumat

Keutamaan

  1. Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Maklumat dan Pengurusan Sistem Maklumat dengan keutamaan dalam bidang ICT, Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Pengurusan Sumber Elektronik/Internet.

     

  2. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keutamaan kepada calon yang fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris.

     

  3. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi, sifat interpersonal yang baik, pro-aktif, innovatif dan boleh mengendalikan pertanyaan dan khidmat pelanggan dengan efektif dan efisien.

     

  4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan cekap di dalam bidang penyelenggara Sistem Pangkalan Data Perpustakaan, pengurusan sumber maklumat atas-talian (online) dan kemahiran ICT yang lain.

     

  5. Bertanggungjawab mengendalikan Sistem Perpustakaan MPOB dan laman web PALMOILIS (Palm Oil Information Online Service).