KELAYAKAN

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau

     

  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,418.66); atau

     

  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau

     

  4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,730.00); atau

     

  5. Ijazah Sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau

     

  6. Ijazah Doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11).

     

 (Calon berkelayakan dan berpengalaman yang berjaya akan ditawarkan pada gred yang lebih tinggi mengikut kesesuaian)

 

 Klik pada nama bahagian di bawah untuk melihat bidang pengkhususan dan keutamaan jawatan :-

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Lulus peperiksaan kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan daripada NIOSH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 Pengkhususan
Kejuruteraan / Kejuruteraan Kimia

Keutamaan
Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Calon daripada Kejuruteraan Kimia adalah digalakkan memohon

 Bidang Pengkhususan
Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-Industri

Keutamaan
Berpengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam pengurusan musuh dan serangga perosak serta pembajaan tanah.

UNIT INTEGRASI TANAMAN & TERNAKAN

 Bidang Pengkhususan
Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-industri / Pengembangan Pertanian/Statistik / Ekonomi Sumber / Sains Komputer & ICT

Keutamaan
Berpengalaman bekerja di agensi atau estet berkaitan sawit.

 Bidang Pengkhususan
Bioteknologi Tumbuhan/ Biologi Molekul / Biologi Sel

Keutamaan
Calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang biologi molekul, biologi sel, kejuruteraan genetik, pemencilan dan pencirian gen dan promoter, tumbuhan model dan pertalian hormon dan pertumbuhan sawit merupakan satu kelebihan. Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Sains. Calon mestilah mampu berkomunikasi serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa InggerĂ­s. Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kajian fungsi gen menggunakan tumbuhan model, analisis molekul tumbuhan dan analisis hormon tumbuhan.

UNIT TEKNOLOGI BIOMAS

 Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan / Teknologi Alam Sekitar, Kimia Proses Enzim, Teknologi Bio-proses

Keutamaan
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan rawatan alam sekitar, pemprosesan biojisim dan sisa kumbahan, serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, UPLC, GC dan analisis-analisis pencirian enzim dan mikro-biologi. Berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan didalam industri bio-baja. Graduan yang tidak mempunyai pengalaman juga digalakkan memohon. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

UNIT PENGILANGAN & PEMPROSESAN

 Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Bioproses / Kimia Gunaan / Kimia Analisis / Kimia Organik / Kejuruteraan Alam Sekitar

Keutamaan
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pengilangan sawit, sisa buangan sawit dan pembangunan industri minyak dan lelemak, fitonutrien, sumber tenaga dan bahan api serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, GC dan analisis-analisis pencirian bahan api. Berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan didalam industri minyak sawit, dalam bidang simulasi dengan perisian komputer seperti Aspen Plus, Hysis, AutoCAD dan sebagainya. Graduan yang tidak mempunyai pengalaman juga digalakkan memohon. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

UNIT PROTIN & TEKNOLOGI MAKANAN

 Bidang Pengkhususan
Sains & Teknologi Makanan / pemprosesan dan kejuruteraan makanan/ pemakanan haiwan atau ternakan

Keutamaan
Berpengetahuan dalam bidang berkaitan proses modifikasi lemak dan minyak seperti interesterifikasi (interesterification) samada secara kimia atau berenzim, penulinan (refining) dan pemeringkatan (fractionation), berpengetahuan dalam bidang pemprosesan atau pembuatan makanan atau makanan haiwan ternakan. Berpengetahuan dalam bidang kajian dan analisis saintifik asas ke atas minyak dan lemak serta mampu dan mahir mengendalikan instrument asas dalam analisis lemak dan minyak seperti HPLC, DSC, GC adalah keutamaan. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan saintifik serta berpenampilan diri yang baik. Mesti fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris bagi tujuan pembentangan teknikal dan penulisan saintifik. Calon hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

UNIT ANALITIKAL & PEMBANGUNAN KUALITI

 Bidang Pengkhususan
Kimia Analitikal / Kimia Organik / Teknologi Minyak dan Lemak / Kimia

Keutamaan
Memiliki sekurang-kurangnya MSc, berpengetahuan dalam bidang kimia minyak dan pemprosesan minyak. Berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam mengendalikan analisis kualiti produk sawit, berkemahiran dalam menafsir data kualiti produk sawit dan boleh menghubung kaitkan masalah kualiti dengan keadaan operasi. Berpengetahuan dalam mengendalikan urusan berkenaan Malaysian Standard, contohnya semakan semula Malaysian Standard yang berkaitan dengan spesifikasi dan analisis minyak sawit. Mempunyai pengalaman dalam berurusan dengan pihak industri sawit serta menyelesaikan masalah berkenaan kualiti produk sawit dengan pihak industri. Mempunyai pengalaman kerjasama dengan institusi lain dalam mengendalikan projek penyelidikan mahupun topik penyelidikan bersama. Calon mestilah ahli kimia bertauliah dan berdaftar dengan Institut Kimia Malaysia. Calon berpengetahuan dalam menjalankan aktiviti surveilan bagi memastikan kualiti produk sawit yang dihasilkan. Calon juga harus berpengetahuan dalam ISO 17025, terutamanya dalam menyediakan makmal untuk akreditasi. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Kemahiran IT/komputer dan statistik dialu-alukan. Calon hendaklah mempunyai sikap kerjasama dalam kumpulan, positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

 Bidang Pengkhususan
Kejuruteraan Kimia / Kimia Organik / Oleokimia

Keutamaan
Calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang oleokimia dan analisis kimia serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal seperti HPLC, GC, FTIR dan lain-lain analisis pencirian bahan atau produk. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti SPSS diutamakan.

 Bidang Pengkhususan
Perdagangan Antarabangsa / Ekonomi Pertanian / Pemasaran / Pentadbiran Perniagaan

Keutamaan
Memiliki PhD serta berpengalaman akan diberi keutamaan dan mestilah fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman mengenai analisa ekonomi dengan menggunakan komputer.

 Bidang Pengkhususan
Sains / Pertanian / Kejuruteraan atau cabang Sains

Keutamaan
Calon-calon yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyuntingan artikel saintifik & teknikal dan penerbitan jurnal dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia. Pemerhatian yang teliti dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima. Mempunyai kecekapan mengunakan perisian komputer yang berkenaan.