Kelayakan

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

     

  2. Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44); atau

     

  3. Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

     

  4. (iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).